Rabu, 18 November 2009

KEPUTUSAN UPSR

Murid yang mendapat 5 A

MURID YANG MENDAPAT 5 A DAN 4 A 1 B


SALAH SEORANG MURID YANG MENDAPAT 5 A

Khamis 19 November 2009

Hari ini keputusan UPSR di seluruh Negara telah diumumkan.SK Kuala Kupang telah mencapai prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan memperoleh 70.8 peratus. Seramai 14 orang murid telah berjaya mandapat 5 A dan 10 orang murid mendapat 4 A 1 B. Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya tidak lupa kepada guru Tahun 6 , semua guru dan pentadbir yang telah memberikan sumbangan untuk kecemerlangan SK Kuala Kupang.

SENARAI MURID YANG BERJAYA MENDAPAT 5 A UPSR

1. Mohd Amirul Faiz b. Zulkiflie.
2. Nur Ainatul Dhamira bt. Zulkafli.
3. Nur Hamizah bt. Yahya.
4. Nur Jemaima bt. Ridwan.
5. Siti Aminah bt. Abd Rahim.
6. Siti Hajar bt. Md Razmi.
7. Siti Rohani bt. Shamsudin.
8. Aida Atikah bt. Mad Akhair
9. Ainul Hazleena bt. Abdul hair.
10. Ani Amanina bt. Anuar.
11. Anis Basyirah bt. Md Fuzi.
12. Ili Liyana bt. Yahaya.
13. Nur Hidayah bt. Saari.
14. Nur Atikah bt. Mohd Nasir.






Isnin, 16 November 2009

TAKLIMAT PRA SEKOLAH

WARIS MURID PRA



SELASA 17 NOVEMBER 2009
12.00 TENGAHARI.
Satu taklimat PRA Sekolah telah diadakan kepada waris murid yang akan mengikuti kelas PRA Sekolah bagi sesi 2010. Taklimat ini telah disampaikan Oleh En. Abd Malek bin Omar Penolong Kanan 1 SK Kuala Kupang dan turut disertai oleh guru PRA Pn Norizah bt. Yaakob dan Pn. Rohana di Dewan Budiman SK Kuala Kupang

Ahad, 15 November 2009

BANJIR KALI KE TIGA

antara Bahan Bantu mengajar yang rosak
keadaan dewan

kerja-kerja memindahkan perpustakaan dijalankan

buku tulis untuk kegunaan 2010 turut ditenggelami air

SK Kuala Kupang di landa banjir lagi............
KHAMIS JAM 2 PAGI
Ini adalah kali ketiga SK Kuala Kupang dilanda banjir pada tahun ini, seperti yang dimaklumkan oleh penduduk berhampiran air mulai naik bermula jam 2 pagi di kala semua manusia sedang nyenyak tidur.Kali ini banjir yang melanda melebihi yang sebelumnya dimana kawasan persekitaran SK Kuala Kupang semuanya dipenuhi dengan air mencecah setengah meter sehingga ke paras jalanraya.

Banyak kerosakan berlaku seperti almari, meja guru, buku tulis untuk kegunaan 2010,alat bantu mengajar , dan sebagainya yang tidak dapat diselamatkan.
Hari ini, setelah perbincangan dilakukan, semua guru bersepakat untuk memindahkan bilik guru ke tingkat satu, dan memindahkan perpustakaan ke tingkat dua, ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan dan kerugian apabila berlakunya banjir yang tidak dapat diduga dan dijangka .
Terima kasih kepada semua guru dan murid tahun 6 yang bekerjasama untuk membersihkan kesan banjir dan melakukan pengubahsuaian bilik guru dan perpustakaan.

Selasa, 10 November 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKKK 2009

PENDAFTARAN
PEN.KANAN HEMNAIB YANG DIPERTUA PIBG SKKK

PENGERUSI MAJLIS

PERASMIAN OLEH TUAN GURU BESAR

HARI ANUGERAH CEMERLANG / HARI KANTIN SKKK

Hadiah Cabutan Bertuah
Gerai PIBG

Pemeriksaan Kesihatan
Gerai TKRS

Sepakan Penalti mendapat sambutan hangat dari murid

RABU 11 NOVEMBER 2009

SK Kuala Kupang sedang mengadakan hari Anugerah Cemerlang dah Hari Kantin pada hari ini, Hari Anugerah Cemerlang bertujuan memberikan anugerah dan penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun dan kepada murid-murid yang cemerlang dalam UPSR Tahun 2008.
Di samping itu, hari Kantin juga diadakan untuk mencari dana tambahan bagi menyiapkan pembinaan surau yang sedang dijalankan, PIBG, Guru KAFA turut terlibat bagi menjayakan Hari Kantin selain PBSM, TKRS, Pengakap, Tunas Puteri dan Puteri Islam.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, seawal pagi , pertandingan sepakan penalti turut diadakan sebelum Majlis Anugerah bermula. Pejabat Kesihatan Baling juga telah mengadakan pemeriksaan percuma terbuka kepada semua yang hadir.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kantin Peringkat SK Kuala Kupang 2009.

JAMUAN AKHIR TAHUN DI BAYU HOTEL BALING

Sabar menanti jamuan...
Kereta ni saya nak beli tau...



Ucapan Tuan Guru Besar

SELASA 10 NOVEMBER 2009

Badan Guru Dan Staf (BAGUS) SK Kuala Kupang telah menganjurkan jamuan akhir Tahun buat semua guru dan Staf SK Kuala Kupang Di Bayu Hotel Baling, Semoga dengan majlis yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi silatul rahim antara guru-guru dan staf SK Kuala Kupang.

Terima Kasih diucapkan kepada Pengerusi BAGUS CIkgu MD. Osman yang telah menunjukkan prestasi yang begitu baik sebagai pengerusi BAGUS yang memang diakui BAGUS.

Isnin, 9 November 2009

MAHRAJAN j-QAF DAERAH BALING SIK 2009











Khamis 5 November 2009.
Hari ini pertandingan Mahrajan jQAF Daerah Baling Sik telah diadakan di SK Sik. Keputusan penyertaan SK Kuala Kupang adalah seperti berikut.

1) Kalam Jamae: Tempat Kedua.
2) Kuiz : Tempat Keempat.
3) Tilawan (L) : Tempat Keempat.
4) Tilawah (P) : Tempat Ketiga.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberi komitmen yang baik dam penyertaan kali ini. semoga mendapat kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun hadapan.