Selasa, 9 Februari 2010

SUKANTARA TAHUN 2010




10 Febuari 2010

Hari ini Sukantara antara rumah bagi murid tahun satu dan 2 telah diadakan di Padang SK Kuala Kupang, penglibatan murid yang terlibat memuaskan dan mencapai tahap yang telah ditetapkan bagi acara Lari 70 meter dan lompat jauh..

Pada jm 3.3.0 petang nanti pula akan diadakan acara sukantara bagi murid tahun 3-6 . Oleh itu semua murid Tahun 3-6 dapat hadir bagi menjayakan sukantara.

Selasa, 2 Februari 2010

LADANG BUAH-BUAHAN SK KUALA KUPANG







Tahun ini Allah SWT telah melimpahkan nikmat di SK Kuala Kupang. Pokok Buah Mata Kucing yg ditanam 5 tahun yang lalu telah mengeluarkan hasilnya dan dapat dinikmati oleh seluruh warga SK Kuala Kupang termasuk Semua murid.. Alhamdulillah Syukur

PERASMIAN SURAU SK KUALA KUPANG





Hari ini dengan rasminya Surau Sk Kuala Kupang telah dirasmikan dengan Upacara Majlis Bacaan Yasin yang telah di hadiri oleh guru-guru SK Kuala Kupang Ibubapa termasuk YDP PIBG Sk Kuala Kupang En. Ab. Malek bin Sulaiman dan Semua Murid Tahun 6. Semoga dengan terbinanya surau ini akan dapat memberikan manfaat terutama kepada murid-murid untuk manjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih selesa dan berkesan.

SAMBUTAN MUHARRAM








Sk Kuala Kupang dengan kerjasama PIBG telah menjayakan sambutan Muharran dengan membuat bubur Asyura di SK Kuala Kupang.program ini telah dilaksanakan dengan jayangan disamping dapat mengeratkan lagi silatul rahim antara guru dan waris.

Isnin, 1 Februari 2010

SURAU BARU SK KUALA KUPANG

Surau sk kuala Kupang telah siap dibina. terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan , untuk makluman semua... pihak jawatankuasa pembinaan surau masih memerlukan RM 20,000.00 untuk dbayar kepada pihak kontraktor.
Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan derma, zakat dan wakaf bolehlah berhubung dengan pihak sekolah.semoga apa yang disumbangkan akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan. amin