Ahad, 10 Julai 2011






KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU

SK KUALA KUPANG

Ya Allah... kau jadikanlah murid-murid ini anak yg soleh dan solehah, murid yg cemerlang di dunia dan akhirat.....hiasilah mereka dengan akhlak islam.


Selasa, 29 Mac 2011

Banjir SK Kuala Kupang






29 Mac 2011 - Isnin

Banjir Kali Pertama Tahun 2011 di SK Kuala Kupang, Air mulai naik seawal jam 3 pagi sedalam 1.2 meter..banyak kerosakan berlaku kerana ditenggelami air.Hari ni murid2 diberikan cuti , manakala guru dan kakitangan sekolah bergotong royong membersihkan kawasan.

TAHNIAH KONTINJEN SK KUALA KUPANG

Bergambar kenangan selepas di umumkan JOHAN keseluruhan

Johan Nasyid
Johan Hafazan (p) Siti Aisyah Sobri

Johan Hafazan (L) Alif Azamuddin Anuar

Johan Tilawah Lelaki - Mohd Amin Rais Allias


MAJLIS TILAWAN AL-QURAN ZON BALING

23 Mac 2011.
Sk kuala Kupang telah menjadi Johan keseluruhan Bagi Program MTQ peringkat Zon Baling . Pencapaian seperti berikut:- Nasyid - Johan
Tilawah lelaki - Johan
Hafazan Lelaki - Johan
Hafazan Perempuan - Johan
Kuiz - Tempat Ke - 3

Pertandingan di peringkat Daerah akan diadakan pada 4 April 2011 di SK Kuala Ketil... semoga kejayaan gemilang ini akan terus di capai.

Tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua Jurulatih, Ustaz, Ustazah,, semua guru terutama Tuan Guru Besar En. Abd Rahim Hasan yang telah banyak memberikan sokongan.

Jumaat, 5 November 2010

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND & TAMBUN












GAMBAR KENANGAN LAWATAN CAMERON DAN TAMBUN,
SEMOGA DENGAN LAWATAN INI DAPAT MENAMBAHKAN MAKLUMAT MURID.

Jumaat, 22 Oktober 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2010






Perkhemahan Unit Beruniform SK Kuala Kupang telah di adakan pada 21- 23 Oktober 2010 di perkarangan SK Kuala Kupang. Antara aktiviti yg dijalankan

- Perkhemahan.
- Kawad Kaki.
- Pertandingan Memasak.
- Muhasabah diri.
- Kuliah.

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai perkhemahan kali ini dan Terima kasih kepada semua guru & staf SK Kuala Kupang yang terlibat menjayakan program ini.

Ahad, 23 Mei 2010

BULAN PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB TAHUN 2010







Paniti Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab dan Kelab Bahasa Arab Jawi dan Khat telah mengadakan Bulan Pendidian Islam dan Bahasa Arab Peringkat SK Kuala Kupang Tahun 2010 pada Bulan Mei.

Pelbagai acara telah dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti pertandingan Hafazan juzu' 30, pertandingan Nasyid. Hiwar Bahasa Arab, Ejaan Jawi, Azan , Dikir Barat Bahasa Arab dan sudut pendidikan Islam dan Bahasa Arab di dalam kelas.

Kerjasama semua guru telah menjayakan program ini. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Ismail b. jaeh ( Pen. Kanan Kokurikulum ) Semoga Program ini akan mencapai objektifnya ke arah melahirkan generasi Al-Quran.

Selasa, 18 Mei 2010

Sambutan Hari Guru tahun 2010












16 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Tahun ini telah berlangsung dengan begitu meriah. pelbagai acara diadakan seperti acara dewan dan acara padang. penglibatan semua guru dalam aktiviti yg telah dijalankan menambahkan kemeriahan sambutan kali ini.... Selamat Hari guru