Ahad, 26 Julai 2009

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1












SABTU.
Hari ini Kem Bestari Solat Siri 2 Tahun Satu telah diadakan, kehadiran murid memuaskan, kemahiran yang diajar pada kali ini ialah amali solat. Semua guru pendidikan Islam telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik dalam menjayakan program kali ini, semoga dengan usaha yang berterusan ini akan dapat melahirkan insan yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani di dunia dan akhirat.

Hadis Nabi SAW; "مُـرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاء سَبًعً سِنِينَ "
Maksudnya : Suruhlah anak-anak kamu sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun "

Rabu, 22 Julai 2009

GERHANA MATAHARI













22 JULAI. 8.20Pagi
Hari ini berlaku kejadian gerhana matahari yang dapat dilihat di beberapa kawasan di seluruh Malaysia. Walaupun cuaca agak mendung dan ia dapat dilihat walaupun kurang jelas. Kejadian gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah SWT yang tidak dapat dihalang atau diubah oleh sesiapapun, iannya berlaku dengan kehendak Allah SWT. Matahari ,bulan, bintang dan segala Cakerawala beredar dan berjalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.

Oleh yang demikian . kita sebagai hamba Allah yang hidup di atas muka bumi Allah ini hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran agar kita mengikut garis panduan, undang-undang dan peraturan yang Allah telah tentukan di dalam Al-Quran mudah -mudahan kita tergolong di kalangan hambanya yang beriman dan bertaqwa.. Amin
Murid-murid dan guru SK KualaKupang telah mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana yang telah diimamkan oleh Ustaz Mohamad Zulkifli b Zakaria di Dewan SK Kuala Kupang pada jam 8.30 pagi.kemudian di ikuti dengan ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Zakiyuddin b. Ahmad.

Rabu, 15 Julai 2009

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KECERGASAN 2009
















15 Julai 2009.





Pertandingan mewarna sempena Bulan Kemerdekaan telah dijalankan pada hari ini, untuk Tahap satu pada Jam 11.00 pagi dan Tahap 2 pada jam 3.30 petang.

Isnin, 13 Julai 2009

Keajaiban Ciptaan Ilahi

Fonomena pelangi membentuk bulatan mengelilingi matahari. Gambar ini diambil dari Dataran SK Kuala Kupang Pada Jam 1.30 tengahari

BANTUAN ZAKAT


Selasa. 14 Julai 2009.

Hari ini seramai 70 orang murid Sk Kuala Kupang menerima bantuan Zakat berbentuk pakaian seragam sekolah dari Jabatan Zakat Negeri Kedah. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pen. kanan hal Ehwal Murid En. Mustafa bin kasman kepada murid-murid yang layak menerima bantuan zakat.Terima Kasih kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Jumaat, 10 Julai 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI
















11 JULAI 2009. 10.00 pagi





Pagi ini Pertandingan Kawad Kaki diadakan setelah 2 hari latihan dijalankan bagi menguji tahap pencapaian peserta mengikut pasukan beruniform. setelah pertandingan dijalankan keputusannya adalah seperti berikut:-

Johan : Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS )
Naib Johan : Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM )
Ketiga : Puteri Islam.
Tahniah.. diucapkan kepada semua yang mengambil bahagian.

AKSI MENARIK MALAM KEBUDAYAAN
















10 Julai 2009. Jam 9.00 malam
Malam kebudayaan ini menampilkan persembahan dari setiap Pasukan beruniform, pelbagai persembahan dipersembahkan yang dapat menarik perhatian penonton dan mencuit hati, walaupun keletihan semua peserta terhibur dengan persembahan malam kebudayaan. Disamping malam kebudayaan, bagi memeriahkan lagi program . BAGUS turut menganjurkan jamuan untuk ahli keluarga Guru dan Kakitangan SK Kuala Kupang

LATIHAN KAWAD KAKI











Jumaat. 10 Julai 2009- Hari ini latihan kawad kaki dijalankan dengan memberi pendedahan secara praktikal kepada semua peserta berkaitan asas kawad kaki. Latihan kawad ini di bawah bimbingan:-

1- En. Hj. Kassim b. Md Daud.
2- En Bahari b. Ismail.
3- En Saad b. Latif.
4- En Mohd Yahya b. Arifin.
5. En. Anuar b. Ahmad.








Khamis, 9 Julai 2009

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009
















Perkhemahan Unit Beruniform SK Kuala Kupang selama 3 hari bermula petang Khamis sehigga hari Sabtu jam 12.30 tengahari, ia disertai oleh 169 peserta yang terdiri dari Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Tunas Puteri dan Puteri Islam.

Pagi ini jam 8.00 hingga 10.00 pagi semua peserta akan mengikuti Latihan Kawad Kaki yang akan dikendalikan oleh Jurulatih jemputan, latihan akan bersambung pada jam 3.30 hingga 4.30 petang.

JAMUAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN







9 Julai 2009- Badan Guru Dan Staf (BAGUS) SK Kuala Kupang telah menganjurkan Jamuan buah-buahan tempatan bertempat di bilik guru. Pelbagai jenis buahan-buahan dibawa oleh guru-guru bagi menjayakan majlis jamuan tersebut.

Rabu, 8 Julai 2009

BULAN KECERGASAN 2009











Hari ini 9 Julai 2009 SK Kuala Kupang telah melancarkan Program Bulan kecergasan Peringkat Sekolah dengan mengadakan Perasmian dan disusuli dengan Senamrobik yang telah dipimpin oleh Puan Azma.

MINGGU BAHASA ARAB 2009
















Minggu bahasa Arab Peringkat SK Kuala Kupang telah diadakan pada 10 hingga 14 mei 2009.Pelbagai acara telah disusun dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan, antara acara tersebut ialah:- Persembahan Dikir Barat Bahasa Arab, Nyanyian , Siaran Mari berbahasa Arab, pertandingan mewarna Tahap 1, Pertandingan Hiwar Tahap 2, Kursus pemantapan Bahasa Arab, Kursus Khat dan di akhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran Murid j-QAF yang telah menamatkan bacaan 30 juzuk .

Minggu Bahasa Arab ini telah dapat memberikan kesedaran kepada murid kepentingan Bahasa Arab dan juga memberikan galakan kepada murid untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Arab selaras dengan Objektif kementerian Pelajaran Malaysia di Bawah Program j-QAF ke arah memantapkan Jawi ,Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.