Isnin, 26 Oktober 2009

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU



Pembinaan surau SKK Kupang telah berjalan dengan lancar , ia masih memerlukan sumbangan derma, wakaf dari orang ramai bagi menjelaskan bayaran tambahan kepada kontraktor seperti yang telah dipersetujui.

Oleh itu, pihak sekolah amat berharap terutama kepada bekas murid SKK Kupang yang telah berjaya agar dapat menyumbangkan derma bagi menampung kos pembinaan tambahan. Semoga apa yang telah disumbangkan akan menjadi Sedekah Jariah yang berkekalan ganjarannya sehingga hari Kiamat.
Sabda Nabi SAW :

إِذَا مَاتَ ابْنُ أدم إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ الاّ مِنْ ثَلاثَ صَدَقَةُ جَارِيَة’ عِلْمُ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدُ صَالِحٌ يَدْعُو لًهُ
Yang bermaksud:"Apabila mati seseorang anak adam ( manusia ) terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara (1)Sedekah Jariah (2) Ilmu yang bermanfaat yang telah dimanfaat oleh orang lain (3)dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.

Selasa, 6 Oktober 2009

PENENTUAN ARAH KIBLAT


PERALATAN YANG DIGUNAKAN

USTAZ ZAKI MENCUBA ALAT MENGUKUR ARAH KIBLAT

TUAN GURU BESAR BERBINCANG DENGAN USTAZ SOFIYUDDIN


RABU. 7 OKTOBER 2009.
Projek pembinaan Surau baru di SK Kuala Kupang telahpun bermula dengan mendapat peruntukan daripada Jabatan pelajaran negeri Kedah. Bagi menentukan arah kiblat dengan tepat, pihak sekolah telah memohon kepada Jabatan Mufti negeri Kedah bagi melaksanakan tugas tersebut .
Pada tengahari ini, pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Kedah Ustaz Sofiyuddin bersama rombongannya telah hadir ke Sekolah dan menentukan Arah kiblat.
Projek pembinaan ini dijangka siap dan dapat digunakan pada sesi persekolahan 2010 nanti.

Ahad, 4 Oktober 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ALOR SETAR











RABU. 30 SEPTEMBER 2009
SK Kuala Kupang telah mengadakan lawatan Sambil Belajar ke Alor Setar dengan disertai oleh 80 orang murid dan 8 orang guru.
Tujuan Lawatan ini adalah untuk memberikan peluang kepada murid SK Kuala Kupang Tahun 5 dan 6 yang belum pernah menjejaki kaki ke Ibu Negeri Jelapang padi ini.

Antara tempat yang dilawati ialah Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad, Muzium Negeri, Menara Alor Setar, Muzium Padi, Pusat Sains Negara Gunung Keriang dan pekan Rabu.
KEDAH SEJAHTERA