Rabu, 22 Julai 2009

GERHANA MATAHARI













22 JULAI. 8.20Pagi
Hari ini berlaku kejadian gerhana matahari yang dapat dilihat di beberapa kawasan di seluruh Malaysia. Walaupun cuaca agak mendung dan ia dapat dilihat walaupun kurang jelas. Kejadian gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah SWT yang tidak dapat dihalang atau diubah oleh sesiapapun, iannya berlaku dengan kehendak Allah SWT. Matahari ,bulan, bintang dan segala Cakerawala beredar dan berjalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.

Oleh yang demikian . kita sebagai hamba Allah yang hidup di atas muka bumi Allah ini hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran agar kita mengikut garis panduan, undang-undang dan peraturan yang Allah telah tentukan di dalam Al-Quran mudah -mudahan kita tergolong di kalangan hambanya yang beriman dan bertaqwa.. Amin
Murid-murid dan guru SK KualaKupang telah mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana yang telah diimamkan oleh Ustaz Mohamad Zulkifli b Zakaria di Dewan SK Kuala Kupang pada jam 8.30 pagi.kemudian di ikuti dengan ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Zakiyuddin b. Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan