16 Ogos 2009.
Murid dan guru SK Kuala Kupang telah mengambil langkah pencegahan awal dengan memakai musk ataupun topeng muka. Perkembangan terkini , murid SK Kulala Kupang masih lagi negatif dari virus berkenaan . Alhamdulillah....
Dalam perhimpunan pagi tadi.. Pen. Kanan En. Mustafa Kasman telah memberikan penerangan kepada semua murid.dan mengingatkan murid yang menghadapi tanda-tanda demam. batuk atau selsema supaya jangan hadir ke sekolah bagi mengawal daripada merebak.
Di kesempatan ini, marilah sama-sama kita berfikir.. apakah yang tersirat di sebalik ujian allah kepada kita semua, bukan sahaja di Malaysia , malah di seluruh dunia.ianya tidak lain supaya kita mendekatkan diri kepada pencipta iaitu ALLAH SWT.
Sama-samalah kita mendoakan agar kita semua tidak dijangkiti virus tersebut.
" Ya Allah... kami menadah tangan memohon kepadamu, dengan kekuasaanmu,, hindarilah kami dari segala penyakit, jadikanlah kami dari golongan hamba-hambamu yang beriman dan bertaqwa. amin
بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيئ في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan