Isnin, 26 Oktober 2009

PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN SURAU



Pembinaan surau SKK Kupang telah berjalan dengan lancar , ia masih memerlukan sumbangan derma, wakaf dari orang ramai bagi menjelaskan bayaran tambahan kepada kontraktor seperti yang telah dipersetujui.

Oleh itu, pihak sekolah amat berharap terutama kepada bekas murid SKK Kupang yang telah berjaya agar dapat menyumbangkan derma bagi menampung kos pembinaan tambahan. Semoga apa yang telah disumbangkan akan menjadi Sedekah Jariah yang berkekalan ganjarannya sehingga hari Kiamat.
Sabda Nabi SAW :

إِذَا مَاتَ ابْنُ أدم إِنْقَطَعَ عَمَلُهُ الاّ مِنْ ثَلاثَ صَدَقَةُ جَارِيَة’ عِلْمُ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدُ صَالِحٌ يَدْعُو لًهُ
Yang bermaksud:"Apabila mati seseorang anak adam ( manusia ) terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara (1)Sedekah Jariah (2) Ilmu yang bermanfaat yang telah dimanfaat oleh orang lain (3)dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan