antara Bahan Bantu mengajar yang rosak
keadaan dewan
keadaan dewan
kerja-kerja memindahkan perpustakaan dijalankan
buku tulis untuk kegunaan 2010 turut ditenggelami air
SK Kuala Kupang di landa banjir lagi............
KHAMIS JAM 2 PAGI
Ini adalah kali ketiga SK Kuala Kupang dilanda banjir pada tahun ini, seperti yang dimaklumkan oleh penduduk berhampiran air mulai naik bermula jam 2 pagi di kala semua manusia sedang nyenyak tidur.Kali ini banjir yang melanda melebihi yang sebelumnya dimana kawasan persekitaran SK Kuala Kupang semuanya dipenuhi dengan air mencecah setengah meter sehingga ke paras jalanraya.
Banyak kerosakan berlaku seperti almari, meja guru, buku tulis untuk kegunaan 2010,alat bantu mengajar , dan sebagainya yang tidak dapat diselamatkan.
Hari ini, setelah perbincangan dilakukan, semua guru bersepakat untuk memindahkan bilik guru ke tingkat satu, dan memindahkan perpustakaan ke tingkat dua, ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kerosakan dan kerugian apabila berlakunya banjir yang tidak dapat diduga dan dijangka .
Terima kasih kepada semua guru dan murid tahun 6 yang bekerjasama untuk membersihkan kesan banjir dan melakukan pengubahsuaian bilik guru dan perpustakaan.
semoga dengan keputusan yang dilaksanakan tidak akan memeningkan kepala cikgu2 skkuala kupang lagi......:)
BalasPadam