Isnin, 28 September 2009

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP ) Majlis Aidil Firti 2009

SATU MALAYSIA

BERSAMA MARAIKAN JAMUAN AIDILFITRI

Isnin, 28 September 2009
Hari ini sambutan Majlis Aidil Fitri & Program RIMUP telah diadakan di SK Kuala Kupang, Majlis ini diraikan bersama 70 orang Murid SRJK(C) Seng Yok Kupang.
Program ini adalah bertujuan menjalin perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

Objektif Program :
- Menjalinkan hubungan rapat antara murid pelbagai kaum dan agama.
- Mewujudkan sikap kerjasama , tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara terancang dan berfokus .
- Mewujudkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum.
-Mewujudkan sikap saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.

Pelbagai juadah seperti kuih raya , ketupaT dan lemang telah disediakan sambil mendengar alunan lagu yang telah dipersembahkan oleh murid-murid dari kedua buah sekolah tersebut.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Ahad, 13 September 2009

Bilik Psv2009 D' inspirasikan oleh guru PRAKTIKUM IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 2009

......assalamualaikum dan salam sejahtera....

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL....

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan
Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai
kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni
Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni
sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada
murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,
ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali
cita rasanya sendiri.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di
sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,
kritis, kreatif dan meyeronokkan
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui
pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai
kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan
teratur, cermat dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri,
dan bertanggungjaw ab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya
tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan
penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai
aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Bertepatan dengan ini jugalah...bilik seni diwujudkan di SK Kuala Kupang. Selain itu ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid dan juga guru tentang kepentingan matapelajaran PSV selaras dengan matapelajaran yang lain. Diharapkan dengan adanya bilik seni aktiviti PSV dapat dijalankan dengan jayanya dalam membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

....bilik PSV setelah diubah suai...

...proses membuat mural cikgu nor mazliana...

...cikgu norliana...

hasilnya...

...ini sebelum proses pengubahsuaian...
.

Sabtu, 12 September 2009

Rabu, 2 September 2009

TADARRUS AL-QURAN

Program Tadarrus Al-Quran di adakan setiap hari waktu persekolahan di bulan ramadan pada jam 10.45 hingga 11.15 pagi bertempat di Bilik j-QAF, Surau lelaki dan Surau Perempuan. Program Tadarrus ini di jalankan secara berkumpulan dengan dibimbing oleh guru.Mudah-mudahan kita semua mendapat ganjaran dan mendapat syafaat Al-Quran di Hari Akhirat nanti.
" Sebaik-baik Manusia ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain " Al-Hadis

RAMADHAN DIHAYATI

Kehadiran Ramadhan amat dinanti oleh seluruh Umat Islam seluruh dunia kerana di bulan ramadhan ini Allah telah menjanjikan dengan pelbagai tawaran yang tidak diberikan pada umat terdahulu.
Beruntunglan mereka yang menganbil kesempatan dengan melakukan amalan melebihi bulan bulan yang lain.andai tiada beza amalan kita dibulan Ramadhan dengan bulan-blan yang lain, maka mereka ini tergolong dikalangan orang yang rugi di sisi Allah.

Sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak ini, PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK Kuala Kupang telah mengatur pelbagai program yang melibatkan guru dan murid,seperti Ceramah Pra Ramadhan, Tadarrus Al-Quran, Tazkirah pagi, Info Ramadhan dan sebagainya, mudah mudahan kita semua mendapat manfaat , mendapat ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

" Ya Allah , terimalah amalan kami, puasa kami, solat kami,mudah mudahan kami tergolong di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa... Amin "