Ahad, 13 September 2009

Bilik Psv2009 D' inspirasikan oleh guru PRAKTIKUM IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 2009

......assalamualaikum dan salam sejahtera....

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL....

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan
Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai
kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni
Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni
sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada
murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,
memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,
ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran,
penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid
membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali
cita rasanya sendiri.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di
sekolah rendah murid boleh:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,
kritis, kreatif dan meyeronokkan
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui
pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai
kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan
teratur, cermat dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri,
dan bertanggungjaw ab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya
tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan
penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai
aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Bertepatan dengan ini jugalah...bilik seni diwujudkan di SK Kuala Kupang. Selain itu ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid dan juga guru tentang kepentingan matapelajaran PSV selaras dengan matapelajaran yang lain. Diharapkan dengan adanya bilik seni aktiviti PSV dapat dijalankan dengan jayanya dalam membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

....bilik PSV setelah diubah suai...

...proses membuat mural cikgu nor mazliana...

...cikgu norliana...

hasilnya...

...ini sebelum proses pengubahsuaian...
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan