Isnin, 28 September 2009

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP ) Majlis Aidil Firti 2009

SATU MALAYSIA


BERSAMA MARAIKAN JAMUAN AIDILFITRI


Isnin, 28 September 2009
Hari ini sambutan Majlis Aidil Fitri & Program RIMUP telah diadakan di SK Kuala Kupang, Majlis ini diraikan bersama 70 orang Murid SRJK(C) Seng Yok Kupang.
Program ini adalah bertujuan menjalin perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.

Objektif Program :
- Menjalinkan hubungan rapat antara murid pelbagai kaum dan agama.
- Mewujudkan sikap kerjasama , tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara terancang dan berfokus .
- Mewujudkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum.
-Mewujudkan sikap saling menghormati antara agama dan adat resam kaum.

Pelbagai juadah seperti kuih raya , ketupaT dan lemang telah disediakan sambil mendengar alunan lagu yang telah dipersembahkan oleh murid-murid dari kedua buah sekolah tersebut.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan